05 October, 2007

... i am watching you ...

Salam...

Untuk pengetahuan enkorang semua, blog ni khas untuk kitaorang bercerita berkenaan dunia filem dan PC games (kedua-duanya adalah dunia fantasi semata untuk kepuasan minda manusia) dan jugak khas untuk enkorang komen dan beri pandangan. Oleh kerana tak semua kita boleh sentiasa peka dengan perkembangan dunia fantasi inilah antara sebab-sebabnya blog ini diwujudkan untuk kita berkongsi pendapat supaya kengkawan pun boleh jugak sama-sama memuaskan minda masing-masing.

Kitaorang perhatikan dalam sessi perbincangan atau sembang-sembang, akan keluar komen-komen dan cadangan supaya kita cuba tengok filem itu filem ini, cuba main game itu game ini. Persoalannya berita gembira (atau tak gembira - berkenaan filem atau game) yang cuba engkorang war-warkan itu hanya berlaku pada ketika itu bersama dengan kelompok manusia yang ada pada ketika itu tidak berkembang. Bermakna cerita, komen dan idea yang enkorang sampaikan pada ketika itu habis dilupakan setelah habis sessi perbincangan atau sembang-sembang.

Contohnya ada filem baru yang ditayangkan di pawagam dan kitaorang pegi tengok tapi cerita dia tu hampeh giler... jadi kitaorang boleh lah bagi pandangan kat sini supaya engkorang tak kecewa nanti pegi tengok filem tu. Tapi bukan maknanya filem tu hampeh cerita tu tak bagus, maksud kitaorang... filem tu tak seperti yang kitaorang harapkan, contoh macam engkorang memang tak minat tengok filem komedi... filem komedi terbaik pun engkorang kata tak best jugak kan? Bermakna kitaorang akan cuba kupaskan plot filem (tapi bukan la sampai habis, nanti potong stim pulakkan) atau games yang berkenaan dan engkorang nilailah sendiri.

Tetapi ingat, setiap orang ada pendangan masing-masing dan sesama kita hendaklah kita hormat pandangan mereka!